Azam 2013
LEMBARAN 2013 telah terbuka
sebulan lebih untuk mengisi episod suka
dan duka sepanjang tahun setiap insan. Ramai yang berpendapat tidak lengkap
tahun baru tanpa azam baru.
Ketika ini, pasti ramai
yang sedang menyimpan azam 'saya mahu naik pangkat', 'saya mahu menambah
kewangan', 'saya mahu menjadi lebih baik' dan sebagainya.
Azam bermaksud
cita-cita, kecekalan, semangat dan ketentuan diri sendiri yang lebih meyakinkan
diri sendiri untuk masa depan yang lebih terjamin, bahagia dan ceria.
Bagi meraikan kehadiran
tahun baru, anda perlu menetapkan matlamat yang lebih fokus membawa kepada
perancangan strategi bergantung kepada segala kemudahan dan kebolehan yang ada
diri sendiri.
1) Perhubungan atau
keluarga
l Rata-rata mengharapkan
sesuatu yang baik sempena tahun baru ini. Jika sebelum ini anda mungkin
mengalami masalah perhubungan dengan seseorang, mungkin sudah tiba masanya anda
melupakan persengketaan itu. Begitu juga hubungan anda dengan rakan-rakan sekerja
seharusnya lebih baik. Dalam hubungan keluarga pula, jadikan ikatan itu lebih
akrab, mesra dan lebih baik daripada sebelumnya. Jika tahun 2012, anda tidak
punya masa untuk keluarga, rancanglah masa yang lebih berkualiti bersama
keluarga tahun ini.
2) Kerjaya
l Semua orang ingin
mencapai peningkatan dalam pekerjaan. Tiada yang mustahil kerana anda boleh
melakukan sekiranya anda berusaha menjadi lebih baik dan meningkatkan
produktiviti kerja.
3) Kewangan
l Masalah ini sering
menjadi isu utama setiap orang dan institusi keluarga. Mana tidaknya,
perbelanjaan diri atau keluarga semakin meningkat saban tahun. Inilah masa
untuk anda merancang kewangan dengan melebihkan peruntukan tabungan dan
mengurangkan perbelanjaan kehendak diri. Dalam pada itu, anda juga boleh
memulakan perniagaan atau pekerjaan sampingan untuk menambah kewangan. Tiada
yang mustahil sekiranya anda berusaha.
4) Kesihatan
l Jangan lupa kesihatan
anda. Setinggi mana pun pencapaian atau kejayaan yang dikecapi, aspek ini
jangan diabai. Sekiranya anda tidak pernah bersenam, lakukan sekarang. Dari segi
pemakanan, anda perlu mengamalkan menu seimbang. Bagi mereka yang takutkan
pemeriksaan kesihatan, berubah segera dan lakukan pemeriksaan sekurang-kurang
sekali pada tahun ini.
5)
Amalan dan Ibadah
Terakhir
dan terpenting, nuhasabah diri kita, berapa banyak kah amalan baik yang
telah terkumpul, tekadkan azam untuk
menjadi hamba Allah yang lebih baik dari
masa-masa lalu. Bertaubat, berusaha dan
bertawakkal sentiasa. Jaga diri dan
bersyukurlah masih ada hari –hari untuk kita terus beribadat.
No comments:
Post a Comment